Wanita Umno berhempas pulas, tidak protes – Noraini

Oleh – Syeikh Baran


Wanita Umno berhempas pulas, tidak protes - Noraini

“Tiada protes (calon), insya-Allah kita akan menang (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota),” kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.



Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, pihaknya akur dengan kehendak pucuk pimpinan yang memilih Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon terbaik untuk mewakili Umno.

“Sudah semestinya (yakin) calon ini (Syed Hussien) kita tengok ada kredibiliti, sangat muda, ada kelebihan, boleh berkomunikasi bukan sahaja dalam bahasa Malaysia, tetapi juga Mandarin.

“Itu adalah nilai tambah kepada dirinya. Kami sebagai jentera parti sudah semestinya kita akur dan terus bekerja untuk membantu memenangkan calon di Dun Mahkota.

“Yang penting Wanita Umno masih fokus dan anda boleh nampak sendiri yang bergerak merata-rata, banyak membantu adalah jentera daripada Wanita Barisan Nasional (BN),” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Taman Ilham, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) PRK Dun Mahkota, Mohd Solehan Badri mengenai keretakan dalam Kem Perpaduan.

Ia dikatakan bukan sekadar membabitkan perselisihan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) saja, malah BN sendiri dipercayai wujud keretakan dalaman.

Noraini berkata, beliau tidak pernah mendengar isu yang didakwa berkenaan dan menafikan ia berlaku.



“Saya tiada dengar pula isu tersebut dan mungkin perpecahan itu di pihak mereka (lawan), bukannya di pihak BN atau parti (kem) perpaduan, tidak,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button