Alif Teega didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Alif Teega didakwa esok

Pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa lelaki itu atas pertuduhan yang akan ditentukan esok.

Menurut sumber Alif atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd Hazani, 30, akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, hanya Alif yang akan didakwa esok.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.



Turut direman dua lagi lelaki disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahannya.

Pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Bagaimanapun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya mematuhi peruntukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.



Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan mereka tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button