Berlumba di lebuh raya: Polis sudah kenal pasti pemandu kereta
Oleh – Syeikh Baran
abatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah mengenal pasti pemandu kereta dipandu laju di lebuh raya yang tular di media sosial, hari ini.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung rakaman video berkenaan.
“Ya, saya ada dapat video terbabit dan sedang menjalankan siasatan. Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku di Kilometer (KM) 48 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.
“Setakat ini, kami sudah dapat mengesan dan mengenal pasti seorang daripada pemandu terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan dua kereta memandu laju seakan berlumba tular di media sosial, hari ini.
Dalam rakaman itu juga memaparkan dua kereta itu memotong beberapa kenderaan selain menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya berkenaan.
1. RAKAMAN video memaparkan dua kereta seakan berlumba di lebuh raya yang tular di media sosial, hari ini.
Sumber – HARIAN METRO