Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

“Buktikan Saya Buat Laporan Polis!”

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

Pelakon terkenal Diana Danielle sekali lagi menepis tuduhan bahawa dia terlibat dalam membuat laporan polis terhadap individu dikenali sebagai “Abang Bas,” yang didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, mencabar pihak yang mendakwa dirinya sebagai pelapor agar mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong tuduhan tersebut.



Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 

Menurut Diana, tindakan laporan terhadap Abang Bas sebenarnya diarahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, bukan atas inisiatif peribadi mana-mana selebriti.

“Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas saya dah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa,” kata Diana menerusi hantaran di laman sosial miliknya.



Pelakon Imaginur itu menegaskan bahawa laporan terhadap Abang Bas adalah tindakan rasmi yang diambil oleh Kementerian Wanita dan Keluarga.

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 

“Laporan dan tindakan dibuat adalah dari Kementerian Wanita & Keluarga sendiri. Kes ini adalah kerajaan Malaysia vs defendan. Saya cabar anda untuk buktikan yang saya buat laporan. Terterakan nama saya dalam setiap laporan?” katanya lagi, mencabar sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai individu yang memulakan laporan tersebut untuk menunjukkan bukti konkrit.



Diana turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah membuat tuduhan hanya berdasarkan apa yang mereka dengar. Katanya, sebarang dakwaan perlu disokong oleh bukti sahih, bukan sekadar khabar angin.

“Setakat pakcik kedai kopi sembang ‘rasa’, bumi pun boleh telan matahari. Nak maki pun, cari fakta yang betul,” tulisnya dengan sindiran. Diana juga menyentuh tentang kecenderungan sesetengah pihak yang lebih suka mempercayai portal berita tidak sahih atau khabar palsu dari aplikasi WhatsApp.

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 



Nama Diana mula menjadi perhatian netizen apabila dia berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis mengenai penahanan Abang Bas, seorang pemandu bas yang didakwa membuat konten melibatkan murid sekolah, termasuk anak saudaranya.

Namun, tindakan Diana ini telah disalah tafsir oleh segelintir pihak yang mendakwa pelakon itu adalah individu yang membuat laporan polis.

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 



Selepas Abang Bas dibebaskan dengan ikat jamin, keluarganya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang mereka dakwa mengundang syak wasangka serta kecaman awam.

Diana dan Uyaina Arshad adalah antara nama selebriti yang sering dikaitkan dengan isu ini kerana kelantangan mereka bersuara di media sosial mengenai kes tersebut.

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 



Walaupun berdepan kecaman daripada netizen, Diana tetap teguh dengan pendiriannya. Dia menegaskan bahawa niatnya hanyalah untuk menyebarkan kesedaran dan tidak pernah bertujuan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa.

Diana mengakhiri hantaran dengan meminta agar orang ramai lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita dan tidak melulu mempercayai maklumat yang tidak disahkan kebenarannya.

“Okey, teruskan makian anda, tapi biar daripada sumber tepat. Lawak tengok kalian emosi tapi kutip sumber berita palsu di Facebook. Macam mana ini?” ujarnya dengan nada sinis.

Diana Danielle Cabar Tuduhan Gara-Gara Komen Isu Abang Bas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button