Mayat lelaki ditemui sudah dimakan ikan
Oleh – Syeikh Baran
Polis sedang menjejaki waris kepada seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah dimakan ikan di perairan 8.9 Batu Nautika, Teluk Bahang di sini, 21 Ogos lalu.
Mayat lelaki itu dijumpai terapung dengan berpakaian kemeja-T lengan panjang berwarna kuning, terdapat tali pada badan serta pelampung.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, anggota di Balai Polis Teluk Bahang telah terima maklumat daripada Maritim Malaysia (APMM) berhubung penemuan mayat lelaki yang terapung kira-kira pukul 4.30 petang itu.
“Identiti dan anggaran umur simati tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat yang reput serta telah dimakan oleh ikan,” katanya di sini hari ini.
Justeru Kamarul memberitahu, mana- mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor. G. Gopinath ditalian: 019-5802057 atau Balai Polis Teluk Bahang: 04-8851433.
Sumber – KOSMO! ONLINE