Penyeludup lari tinggalkan 1 tan beras Siam dalam lori

Oleh – Syeikh Baran


Penyeludup lari tinggalkan 1 tan beras Siam dalam lori

Sekumpulan penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan 1,000 kilogram beras yang diseludup dari Thailand bernilai RM95,400 di dalam sebuah lori selepas kegiatan mereka dikesan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Tengkorak di sini semalam.



Serbuan dijalankan kira-kira pukul 9 pagi semasa anggota PGA menjalankan tugasan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sekumpulan lelaki itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PGA di lokasi tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu kemudian menjumpai 1 tan beras yang dianggarkan bernilai RM95,400.

“Siasatan mendapati, kesemua beras itu diseludup melalui pangkalan haram sebelum ia dijual untuk pasaran tempatan.



“Hasil rampasan akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiat usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di kawasan sempadan negara.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button