Wan Zulkiflee letak jawatan sebagai Pengerusi MAG

Wan Zulkiflee letak jawatan sebagai Pengerusi MAG

Wan Zulkiflee letak jawatan sebagai Pengerusi MAG
WAN Zulkiflee.

Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan Pengerusi Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, organisasi penerbangan global itu berkata Wan Zulkiflee telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan MAG pada Julai 2020 dan menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.

“Lembaga pengarah dan pengurusan MAG ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang mendalam di atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai daripada Wan Zulkiflee kepada syarikat penerbangan ini.



“Pengalaman luas Wan Zulkiflee telah membimbing MAG melalui masa-masa sukar semasa Covid-19. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan menyelesaikan penyusunan semula kewangan kumpulan dan mengurangkan liabiliti kumpulan sebanyak lebih RM15 bilion,”kata kenyataan itu.

Kepimpinan beliau adalah penting dalam membimbing syarikat untuk mencatat pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) yang pertama pada 2023 sejak penubuhan kumpulan itu pada 2015, katanya.

Wan Zulkiflee letak jawatan sebagai Pengerusi MAG

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button