Dubois tumbangkan Joshua dengan KO
Dubois tumbangkan Joshua dengan KO
London: Daniel Dubois mengekalkan gelaran dunia heavyweight Idengan kemenangan knockout (KO) ke atas Anthony Joshua pada pusingan kelima dalam pertarungan mengujakan di Wembley semalam.
Petinju berusia 27 tahun itu menguasai pertarungan sejak awal di hadapan 96,000 penonton berjaya membuatkan bekas juara heavyweight dua kali itu jatuh beberapa kali.
Dubois sebelum itu mengatakan mengenai keazamannya untuk “membuktikan” status sebagai juara IBF selepas diberikan tali pinggang yang ditinggalkan Oleksandr Usyk pada Jun.
Dia mempamerkan persembahan pemusnah yang menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan Joshua, walaupun prmoter Joshua, Eddie Hearn, berkata dia menjangkakan pertarungan ulangan.
Dubois dianggap sebagai bukan pilihan mengasak lawannya itu sejak awal dan diberi ganjaran apabila serangannya yang kuat membuat Joshua goyah berulang kali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH
- Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin
- Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.
Dalam pusingan kelima yang penuh aksi mendebarkan itu, Dubois melancarkan pukulan bertali arus ke arah Joshua yang akhirnya gagal untuk meneruskan perjuangan.
“Adakah anda tidak terhibur?
“Ia adalah satu perjalanan dan saya bersyukur berada dalam posisi ini. Saya seorang gladiator, saya seorang pejuang hingga ke akhirnya.
“Saya ingin mencapai puncak sukan ini dan mencapai potensi penuh saya,” katanya selepas kemenangan terbesar dalam 24 pertarungannya.
Dubois tumbangkan Joshua dengan KO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand
- Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?