Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah

Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah

Kerja rumah 'extra' bantu PDRM benam Sabah
PEMAIN PDRM FC Ifedayo Olusugen Patrick Omosuyi (kiri) meraikan kemenangan bersama rakan pasukannya pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Usaha berterusan barisan kejurulatihan PDRM FC dengan memberi ‘kerja rumah’ lebih kepada pemain ternyata memberi pulangan lumayan apabila mampu menumpaskan Sabah FC, semalam.

Penolong jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil berkata, pihaknya mengkaji corak permainan yang ditampilkan Sabah FC apabila sering memanfaatkan situasi bola mati kepada jaringan selain turut berkemampuan menjaringkan gol menerusi sepakan sudut.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan menyediakan latihan intensif kepada pemain bagi mengatasi kelemahan terbabit sejak beberapa minggu lalu dan ternyata tindakan itu membuahkan hasil positif.



“Kami sudah kenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera terutamanya ketika berdepan Sabah FC. Jika diikutkan Sabah FC mendapat 10 sepakan sudut namun kita berjaya menghalang daripada menjaringkan gol.

“Tahniah saya ucapkan kepada barisan pemain kerana cukup berdisiplin ketika bertahan terutamanya selepas kita menyumbat gol kemenangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Barisan pemain menunjukkan semangat juang tinggi untuk membawa pulang tiga mata penting. Apa yang kita lakukan pada sesi latihan diterjemahkan pada perlawanan menentang Sabah FC,” katanya.

Pada perlawanan petang semalam menyaksikan PDRM FC membenam Sabah FC 1-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang.

Barisan anak buah P Maniam cukup kental apabila berjaya mengekang setiap asakan ketika perlawanan dilihat lebih dikuasai pasukan pelawat.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import PDRM Ifedayo Olusegun sekali gus menyaksikan PDRM berjaya memperbaiki kedudukan Liga Super untuk berada di tempat keenam.



Sabah FC pula mencatatkan kekalahan keempat dan kini menghuni tangga kelima Liga Super.

Kerja rumah ‘extra’ bantu PDRM benam Sabah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button