Mayat tujuh lelaki ditemukan terapung di sungai
Oleh – Syeikh Baran
Polis menyiasat penemuan tujuh mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Bekasi, Jatiasih, Kota Bekasi, Jawa Barat, hari ini.
Menurut maklumat awal, tujuh lelaki yang ditemukan mati secara misteri itu mungkin individu terbabit pergaduhan yang kemudian melarikan diri.
“Maklumat penduduk (kejadian) disebabkan pergaduhan. Tetapi kita sedang menyiasat dakwaan ini, ia tidak dapat dipastikan,” kata Ketua Polis Metro Kota Bekasi, Dani Hamdani kepada pemberita.
Polis juga masih menunggu keputusan bedah siasat mayat dari Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.
Hasil siasatan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan parut pada mayat tujuh lelaki itu.
Sumber – HARIAN METRO