Polis serbu kediaman pemimpin GISBH di Kelantan

Oleh – Syeikh Baran


Polis serbu kediaman pemimpin GISBH di Kelantan

Polis Kelantan menyerbu perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji di sini, hari ini.



Operasi bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Operasi membabitkan tiga rumah termasuk yang didiami isteri kedua CEO GISBH dan lebih 20 kanak-kanak turut berada di kediaman terbabit.

Setakat jam 8.30 pagi, polis melakukan pemeriksaan dalam kawasan rumah dan sekitarnya selain dilihat mengambil pelbagai jenis buku berkaitan ajaran dan doktrin GISBH.

Difahamkan, kediaman terbabit menjadi penempatan mereka sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button