Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam

Oleh – Syeikh Baran


Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam

Pegawai-pegawai hidupan liar kebingungan apabila melhat imej makhluk misteri yang berjalan berhampiran komuniti luar bandar di Texas pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline.



Video  hitam-putih itu dirakam menggunakan kamera di luar Dublin, timur laut Dallas.

Ia menunjukkan sejenis makhluk ganjil berjalan menggunakan empat kaki berlainan saiz dan mempunyai bonggol  di belakang badannya.

Seorang penduduk.setempat,  Michael ‘Dumas’ Demel, 49, menunjukkan gambar makhluk itu kepada rakan, anggota keluarga dan jirannya.

Michael berkata, makhluk ganjil itu mungkin chupacabra iaitu kambing penghisap darah.



Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas memberitahu Michael bahawa disebabkan kualiti imejnya,  adalah sukar untuk mengenal pasti jenis haiwan itu.

“Saya menunjukkan gambar ini kepada jiran, keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

Menurutnya, dia diberitahu bahawa ia mungkin jelmaan hantu haiwan, monyet, chupacabra atau makhluk asing.

Makhluk menakutkan itu kelihatan mempunyai muncung panjang, bahagian atas kepala kecil dan ketulan di belakangnya yang menyebabkan beberapa rakan lain mendakwa ia adalah jelmaan hantu.



Masyarakat Navajo di Amerika Syarikat percaya dukun atau pengamal yang mengamalkan ilmu hitam boleh bertukar makhluk ghaib atau jelmaan hantu dikenali sebagai skinwalker. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button