Gara-gara telefon bimbit lelaki rempuh kedai pakaian

Oleh -Syeikh Baran


Gara-gara telefon bimbit lelaki rempuh kedai pakaian

Seorang pemandu kereta Perodua Axia tertekan pedal minyak sebelum merempuh sebuah kedai pakaian di Jalan Pantai Chenang, di sini pada pukul 12.30 tengah hari tadi.



Kejadian berlaku ketika pemuda berusia 23 tahun itu dikatakan mahu mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di ruang kaki.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata,
kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa gambar dan video viral di aplikasi WhatsApp memaparkan keadaan sebuah kereta di bahagian belakang kedai dengan sejumlah pakaian berselerak.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button