Counter Setting: Visa pelancong punca utama warga asing terlepas pemeriksaan

 

Oleh – Syeikh Baran


Counter Setting: Visa pelancong punca utama warga asing terlepas pemeriksaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing menjadi antara punca utama berlakunya kegiatan ‘counter setting’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2).



Dalam konteks ini, warga asing khususnya dari Bangladesh, Nepal, Myanmar dan beberapa negara lain dilaporkan datang ke negara ini tanpa menggunakan sistem sedia ada.

Sebaliknya, mereka menyalahgunakan visa pelancong untuk memasuki negara ini kononnya bagi tujuan melancong, tetapi sebenarnya untuk bekerja secara haram di Malaysia.

Menurut sumber, itu merupakan antara modus operandi yang membuka kepada kegiatan ‘counter setting’ yang mana sindiket membayar rasuah dengan nilai tertentu kepada penguat kuasa.

Katanya, ini seterusnya menyebabkan berlakunya isu warga asing melakukan kesalahan tinggal lebih masa, bekerja tanpa permit kerja yang sah dan mengelak senarai hitam (blacklist) dalam negara.



“Sindiket tidak menggunakan sistem pengurusan berpusat pekerja asing iaitu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

“Penyalahgunaan visa pelancong untuk bekerja secara haram ini sangat berleluasa dan membuka peluang kepada warga asing masuk bekerja di negara ini,” katanya.

Tambah sumber itu, bayaran yang dikenakan kepada warga asing yang ingin memohon permit kerja adalah RM6,000 hingga RM12,000 menerusi saluran tidak sah.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan mengenai perkara terbabit.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button