Ibu muda didakwa beri maklumat palsu kepada polis

Oleh – Syeikh Baran


Ibu muda didakwa beri maklumat palsu kepada polis

Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat palsu kepada anggota polis berkaitan kes kecurian wang berjumlah RM600, tiga minggu lalu.



Tertuduh berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun itu didakwa telah memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu kepada pegawai penyiasat berkaitan kecurian wang berjumlah RM600.

Perbuatan pekerja kedai makan itu telah menyebabkan bencana di mana anggota polis berkenaan menjalankan siasasatan terhadap rakan sekerjanya iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun yang dituduh mengambil wang RM600 milik pengadu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 12 tengah hari, 10 September 2024.



Norhamizah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button