Bau busuk bongkar penemuan rangka manusia di Rawang

Oleh – Syeikh Baran


Bau busuk bongkar penemuan rangka manusia di Rawang
KUALA LUMPUR, 3 JUN – Sesi temubual bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nazri Hussain di sini, hari ini. Foto – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/ PEMBERITA – Zehan

Bau busuk semasa sedang mencari barangan lama dan besi membawa kepada penemuan rangka manusia di Rawang Bypass, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun.



Katanya, lelaki itu sedang mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari. Pengadu kemudian terhidu bau busuk semasa sedang mencari barangan lama dan besi di kawasan tersebut.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Asri, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button