Wanita maut kereta dipandu suami terbabas ke sungai

Oleh – Syeikh Baran


Wanita maut kereta dipandu suami terbabas ke sungai

Seorang wanita warga emas maut, selepas kereta dinaiki bersama suaminya terbabas ke dalam sungai di Jambatan Balok Makmur, Seberang Balok, di sini pagi ini.



Mangsa, Paridah Dollah, 67, dari Taman Inderapura di Jerantut meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, manakala suaminya, 66, yang memandu kenderaan terbabit terselamat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dinaiki pasangan itu dari arah Balok Makmur menuju Seberang Balok, sebelum tiba-tiba terbabas masuk ke dalam sungai.

“Wanita yang juga penumpang kenderaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk menerima rawatan lanjut kerana sesak nafas,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button