Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS

Kaitan Al Arqam, Rufaqa' Dan GISBH Dengan PAS

Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS

 

Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Al Arqam, Rufaqa’ (yang telah diharamkan) dan GISBH (mungkin bakal diharamkan) berasal dari parti PAS.

Ketiga-tiga pertubuhan tersebut bermula dari pengasas utamanya Ashaari Mohamad.



Siapa Ashaari Mohamad?

Nama sebenarnya ialah Asaari Mohamad dan lahir pada 30 Okt 1937 di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum mengikuti pengajian di Madrasah Hishamuddin di Klang, Selangor.

Dalam kalangan pengikutnya, Ashaari lebih dikenali sebagai Abuya.

Pernah berkahwin dengan lima wanita.



Hasil rumah tangga yang dibina itu dia dikatakan mempunyai 34 orang anak.

Pada awalnya dia bekerja sebagai pendidik agama kerajaan.

Berkecimpung dalam gerakan politik PAS termasuk pernah menjadi calon parti itu untuk kerusi Bangsar dalam PRU pertama sejak Malaysia merdeka, iaitu pada 1964.

Namun dalam PRU tersebut, Asaari telah tewas.



Ashaari dilaporkan tidak berpuas hati terhadap PAS yang dianggapnya mengabaikan bidang ekonomi dalam perjuangan mereka.

Penubuhan Al Arqam

Asaari bertindak menubuhkan sebuah gerakan dakwah yang aktif dan berpengaruh sejak 1970-an hingga 1990-an.

Kejayaan dan pengaruh kumpulan itu membolehkan mereka bertapak dalam sebuah perkampungan di Sungai Penchala.

Sebelum dinamakan Al Arqam, gerakan itu pada awalnya berskala kecil dikenali sebagai usrah Rumah Putih yang bertapak di Keramat.



Pertubuhan tersebut kemudian berkembang pesat melebihi sekadar gerakan dakwah.

Ia turut berdiri sebagai entiti perniagaan yang berjaya melebarkan sayap malah hingga ke luar negara.

Pada suatu ketika Ashaari juga pernah diyakini para pengikut Al Arqam sebagai bakal perdana menteri Malaysia.

Terutama apabila mereka melihat kegiatan kumpulan itu tidak diganggu atau dikawal oleh pihak berkuasa.



Al Arqam turut mengumumkan bersedia mentadbir hal ehwal Islam negara ini dengan menawarkan diri mengelola Pusat Islam (sekarang JAKIM).

Pertubuhan itu kemudian diharamkan apabila didapati mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah.

Penubuhan Rufaqa’

Sebuah syarikat perniagaan yang dinamakan sebagai Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd ditubuhkan oleh bekas pengikut al-Arqam.

Ashaari dilantik sebagai pengerusi eksekutif syarikat berkenaan.



Sekitar November 2006 pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan terhadap Rufaqa’ di sebuah premis di Shah Alam, Selangor.

Lebih 100 orang termasuk empat pemimpin utama syarikat itu ditahan dalam serbuan berkenaan.

Berdasarkan dari bukti rampasa serbuan, mereka dipercayai cuba menghidupkan semula ajaran Al Arqam.

Mereka yang disyaki terlibat dengan dakwaan itu didakwa di mahkamah.

Penubuhan GISBH

Selepas Rufaqa’ duharamkan, muncul pula jenama GISBH.

Pada awalnya disedari sebagai syarikat yang dijalankan oleh bekas pengikut Al Arqam yang sudah kembali ke pangkal jalan.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2008 itu dilihat meneruskan model perniagaan seperti formula Al Arqam termasuk melebarkan empayar pernigaan ke serata dunia.

Pada awalnya dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd muncul dan menjalankan pelbagai aktiviti seperti perniagaan dan perusahaan lain.

Syarikat itulah yang kemudiannya berkembang meluas dan menjadi GISBH (Global Ikhwan Services and Business Holdings) beberapa tahun kemudian.

Selepas kira-kira 15 tahun mengecapi tempoh tenang, GISBH menggemparkan negara dengan pelbagai dakwaan menyalahi undang-undang.

Segalanya terbongkar selepas pihak polis menjalankan Op Global.

Kesimpulannya, GISBH berasal dari Rufaqa’ dan Rufaqa’ berasal dari Al Arqam dan Al Arqam berasal dari parti PAS.

 

Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button