Pemandu Triton halang laluan ambulans di Ketereh diburu polis

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu Triton halang laluan ambulans di Ketereh diburu polis

Pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai menghalang laluan ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali di persimpangan Padang Lembek, Ketereh di sini pada Khamis lalu diburu polis.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, rakaman video berdurasi 46 saat yang tular di aplikasi TikTok mendapati pemandu kenderaan tersebut menghalang laluan ambulans.

Menurutnya, tindakan pemandu trak pikap itu melanggar peraturan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, kita meminta pemandu ambulans dan trak pikap itu untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.

“Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN165/59 iaitu Kanun Lebuh Raya menyatakan Peraturan 24 LN165/59 apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mesti masuk ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti untuk memudahkan laluan kenderaan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Mohd. Rosdi memberitahu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bharu, Asisten Superintendan Boon Chun Yee di talian 09-775 2200.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button