Tiga maut, lima cedera kemalangan tujuh kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Tiga maut, lima cedera kemalangan tujuh kenderaan

 Tiga maut, manakala lima yang lain cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 42, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.



Kejadian pada pukul 4 pagi itu turut menyebabkan sebuah treler musnah 100 peratus akibat terbakar.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd. Ridzuan Zulkafly, 36, Muhamad Zaimi Shariff, 35, dan Muhamad Azizul Fitrie Md. Zairi, 23.

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemalangan melibatkan empat buah kereta, sebuah lori dan dua buah treler.

“Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dewasa dan empat wanita. Kemalangan turut mengakibatkan sebuah treler yang terbakar 100 peratus,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button