Bolehkah PKR Terima Azmin Semula

Bolehkah PKR Terima Azmin Semula

Bolehkah PKR Terima Azmin Semula

 

Pergeseran antara Ketua Penerangan PPBM, Azmin Ali dengan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, bukanlah perkara baharu.

Malah media sudah mula mengesannya sejak dari tahun 2021.



Antara punca yang menjadi pergeseran mereka adalah kerana perasaan tidak puas hati terhadap kluster mantan PKR yang diketuai Azmin.

Pemimpin PPBM marah kerana kluster mantan PKR dilantik dalam jawatan penting dalam kerajaan, walaupun menjadi antara muka baharu dalam parti.

Di era Muhyiddin, Azmin dilantik sebagai menteri kanan dalam kabinet.

Beliau diberi tugas untuk mengawasi peranan perdana menteri semasa ketiadaannya.



Azmin juga telah dilantik sebagaib pengarah pilihan raya Perikatan Nasional.

Malah ketika itu, Azmin juga disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi akhirnya Muhyiddin telah mengubah fikiran dengan melantik Ismail Sabri dari UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun semakin masa berlalu, kredibiliti dan populariti Azmin di dalam PPBM dilihat semakin merudum.



Dalam pilihan raya umum ke 15, Azmin tewas kepada Amirudin untuk parlimen Gombak telah mencalarkan kredibiliti dan populariti beliau.

Terkini, kekalahan yang memalukan di pilihan raya kecil Mahkota, menambahkan parah kepada kredibiliti Azmin sebagai pengarah pilihanraya Perikatan Nasional.

Ada khabar yang mengatakan, wujudnya sabotaj dalaman dari parti PPBM sendiri melalui Ketua Bahagian PPBM Kluang.

Namun sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan ianya berlaku tidak boleh dinafikan.



Muhyiddin yang terpalit dengan kegagalan Azmin di Mahkota telah mengambil langkah untuk menyekat Hamzah dari jawatan Timbalan Presiden PPBM.

Beliau cuba memperkukuhkan kem Azmin dengan penyertaan Ahmad Faizal Azumu.

Tetapi lawan yang akan ditentang oleh Azmin mempunyai pengaruh yang cukup kuat di peringkat akar umbi PPBM.

Kekuatan Hamzah diperkukuhkan lagi dengan mendapat sokongan dari Dr Mahathir, PAS dan kluster mantan pemimpin UMNO dalam Keluarga Malaysia.



Azmin sudah dapat merasakan agak sukar untuk beliau menewaskan Hamzah.

Berita yang sampai kepada kami adalah Azmin cuba mencari talian hayat di PKR.

Sudikah PKR menerimanya?

 



Bolehkah PKR Terima Azmin Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button