Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB

 

Bukti dokumen yang berwibawa menunjukkan wang yang masuk ke akaun bank Najib Razak adalah daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Tania Scivetti, peguambela DS Najib memberitahu mahkamah dalam sesi penggulungan hujah pihak pembela.



“Pemindahan wang hampir AS$80 juta mengukuhkan keyakinan DS Najib bahawa wang tersebut bukan diselewengkan daripada 1MDB.”

“Pemindahan wang itu berlaku sebaik selepas pertemuan DS Najib dengan bekas raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah pada 2010.”

“Dalam pertemuan tersebut, Raja Abdullah berjanji untuk memberi sumbangan kepadanya.”

“Keyakinan DS Najib bukan tanpa asas.”



“Walaupun wang yang masuk dalam akaun 694 bukan datang secara langsung daripada Raja Abdullah.”

“Tetapi DS Najib menerima wang berjumlah AS$79,999,976 (RM243,699,926.32) daripada Kementerian Kewangan, Riyadh.”

“Tiada bukti berwibawa yang wang dari Kementerian Kewangan, Riyadh ini adalah dana haram dari 1MDB.”

“Malah mereka mengatakan dana itu haram adalah sesuatu yang mengarut.”



“Bukti dokumen adalah jelas, dana yang banyak dihantar dari Kementerian Kewangan, Riyadh.”

“Keyakinan DS Najib bahawa dana itu adalah derma dari Arab Saudi dikukuhkan lagi apabila akaunnya di AmBank.”

“Akaun tersebut turut menerima sejumlah AS$99,999,919 daripada cucu Abdullah, iaitu Putera Faisal.”

“Pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan bukti yang menunjukkan wang yang diterima DS Najib daripada putera Arab Saudi itu ada kaitan dengan 1MDB.”



“Mengambil kira dana yang besar yang diterima daripada sumber berwibawa seperti Kementerian Kewangan, Riyadh dan Putera Faisal.”

“Jelas DS Najib tiada sebab untuk merasakan dana dalam akaun 694 miliknya adalah hasil daripada sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang.”

“Tak dapat dibayangkan yang DS Najib ada walau sedikit rasa curiga.”

“Bahawa dana yang datang dari pihak ternama di Arab Saudi adalah haram,” hujah Scivetti.



Daripada hujah Scivetti, jelas kepada kita bahawa duit derma dari Arab Saudi bukanlah sengaja direka.

Lebih-lebih lagi ia disokong dengan money trail yang sahih.

 

Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button