Mahathir mahu ambil alih tugas Muhyiddin ?

Oleh Adam Malik

Mahathir mahu ambil alih tugas Muhyiddin kah?

Sejak kebelakangan ini Tun Mahathir terlihat bertambah menonjol dan lebih vokal.



Selepas satu isu, satu isu Mahathir akan masuk campur untuk tegur atau kritik.

Terbaru Mahathir mengkritik umno dan persoal peranan Ahli Patlimen umno dan peranan mereka.

Mahathir dalam tulisan nya baru baru ini memberi gambaran bahawa umno sudah lari dari perjuangan asal.



Tanpa rasa malu dan bersalah , Mahathit menyatakan kerusi umno bertambah merosot sedangkan Mahathir sendiri main peranan menghasut rakyat tidak menyokong umno.

Mahathir juga tanpa malu lupa bahawa beliau dan parti Pejuang telah hilang deposit dan ditolak oleh rakyat secara total.

Lebih dasyat lagi Mahathir telah bersekongkol dengan parti bangsa lain untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu umno .

Kini Mahathir pura pura berlagak bodoh berkenaan peranan khianat nya terhadap bsngsa Melayu.



Maka, lakonan Mahathir bertanya tentang apa peranan 26 ahli Parlimen umno hari ini sekadar untuk alih tumpuan sahaja.

Apa pula peranan Muhyiddin Yassin setelah bawa kekalahan demi kekalahan kepada Perikatan Nasional tidak pula Mahathir persoal kan pula.

Bahkan kes kes mahkamah yang dikaitkan dengan Muhyiddin tidak pula Mahathir persoalkan.

Memandangkan Mahathir jenis orang yang penuh tipu muslihat, apakah motif Mahathir tiba vokal kritik umno?



Adakah ia satu cubaan untuk membantu selamatkan Muhyiddim Yassin dari tekanan pelbagai pihak supaya meletak jawatan kerana kekalahan “back to back” Perikatan Nasional pada beberapa PRK yang baru berlalu?

Atau, adakah sebenarnya Mahathir secara strategik mahu ambil alih tugas Muhyiddin Yassin sebagau Pengerusi PN?

Jika itu niatnya, Mahathir tidak perlu berdolak dalik dan seharusnya berterus terang sahaja.

PAS dan Bersatu sudah jelas terlihat tidak satu kepala lagi.



Muhyidd8n tidak lagi dihormati oleh kepimpiman PAS.

Maka mungkin untuk selamatkan keadaan Mahathir rasa sudah tiba  masa nya untuk kembali terajui PN dengan cara menonjolkan diri perlahan lahan.

Jika ini niat Mahathir ia tetap tidak mengubah keadaan bahawa PN sedang ditolak oleh rakyat.

Bahkan keadaan PN akan lebih parah kerana Mahathor adalah watak yang sudah ditolak oleh rakyat.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button