Kem Hamzah Mula Beri Isyarat Ambil Alih Kepimpinan PPBM

Kem Hamzah Mula Beri Isyarat Ambil Alih Kepimpinan PPBM

Kem Hamzah Mula Beri Isyarat Ambil Alih Kepimpinan PPBM

 

Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal, mempersoalkan tindakan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang tidak menuruti ketetapan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin.

Ia adalah berkaitan pemilihan parti itu yang akan di adakan pada bulan hadapan.



Wan Ahmad Fayhsal berkata tindakan pemimpin terbabit merebut jawatan naib presiden dilihat melanggar keputusan disepakati dalam mesyuarat MPT.

Mereka sudahbersetuju memberi mandat kepada Muhyiddin untuk mencadangkan lima jawatan tertinggi.

Daripada presiden, timbalan dan tiga kerusi naib tidak dipertandingkan.

Beliau mendakwa Muhyiddin amat sedih dan kecewa terhadap pemimpin terbabit yang melanggar pelan kompromi yang telah ditetapkan.



“Ini tindakan tidak bertanggungjawab kerana keputusan telah dibuat secara kolektif.”

“Bagi yang mencabar (jawatan naib presiden) tetapi tidak berada dalam pimpinan, saya rasa boleh diterima.”

“Tetapi, mereka (ahli MPT) yang menawarkan diri sebagai calon naib presiden yang telah pun bersetuju dari awal menyerahkan mandat ini kepada presiden.”

“Akhirnya mereka juga yang bertanding.”



“Bila berlaku pertandingan sebegini, ia menimbulkan tanda tanya apakah mandat presiden ini sebenarnya tidak perlu dituruti,” soal beliau.

Julai lalu, Muhyiddin mendakwa, beliau diberi mandat oleh MPT untuk berunding dengan barisan kepimpinan bagi memastikan pemilihan parti tidak menimbulkan perpecahan.

Muhyiddin menetapkan beliau kekal menerajui PPBM.

Manakala Hamzah Zainudin sebagai timbalannya.



Ronald Kiandee dan Radzi Jidin, selain Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu dicadangkan mengisi tiga kerusi naib presiden.

Selepas pencalonan dimuktamadkan minggu lalu, Muhyiddin dan Hamzah menang tanpa bertanding.

Enam calon merebut tiga kerusi naib presiden, iaitu Kiandee, Radzi, Ahmad Faizal, Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah, Razali Idris dan Aziss Zainal Abiddin.

Wan Fayhsal berkata, keadaan itu meletakkan Muhyiddin dalam keadaan amat sukar.



Dan ia memberi gambaran tidak baik terhadap parti.

Apakah ini mesej dari kem Hamzah bahawa mereka sudah bersedia melanggar siapa sahaja bagi mengambil alih kepimpinan parti?

 

Kem Hamzah Mula Beri Isyarat Ambil Alih Kepimpinan PPBM

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button