Siapa Paymaster Ustaz Sophian?
Siapa Paymaster Ustaz Sophian?
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu kenaikan harga sewa kedai di Medan Agro, Cameron Highlands.
Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila seorang pemimpin NGO, Mohd Sophian Mohd Zain, mendedahkannya di media sosial.
Jika ditonton dalam video klip yang sekarang ini tular di Tiktok, pasti kita akan terkejut dengan pendedahan yang dibuat.
Pasti ramai yang akan memuji pendedahan berani Sophian Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Ustaz Sophian.
Tetapi persoalannya, adakah fakta pendedahan yang dibuat oleh Sophian itu didedahkan sepenuhnya.
Dan adakah pendedahan itu berniat untuk membela nasib peniaga kecil di Cameroon Highlands atau lebih kepada untuk menjayakan agenda peribadi yang tersembunyi?
Apa yang digambarkan ialah peniaga kecil tersebut ditindas dengan kenaikan harga sewa premis kedai yang tidak masuk akal.
Ianya tidak seimbang dengan pendapatan hasil jualan mereka yang tidak seberapa.
Tetapi benarkah ianya begitu?
Penulis tertanya-tanya, apakah begitu zalim pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Pahang sehingga sanggup menindas rakyat Pahang?
Hasil semakan penulis di media sosial mendapati, sebenarnya ada fakta yang disembunyikan atau tidak didedahkan.
Apa Tujuan Sebenar Pendedhan Separa Matang Sophian?
@malaysiaforward Ust sopian problem
Segala-galanya terjawab melalui pendedahan yang dibuat oleh pengguna akaun Tiktok atas nama @malaysiaforward.
Mengenai isu 35 peniaga yang ditutup kedainya oleh pihak berkuasa tempatan Cameroon Highlands.
Sebenarnya 35 peniaga tersebut sudah tidak membayar sewa selama setahun, sebelum harga sewa kedai dinaikkan.
Jadi sewa kedai terlalu tinggi hingga peniaga tidak mampu bayar sewa tidak timbul.
Hutang mereka kepada pihak berkuasa tempatan Cameroon Highlands sudah mencecah RM60,000!!!
Kalau sudah setahun tak bayar sewa, duduk menyewa rumah bapak sendiri pun kena halau.
Tak tahulah kalau Sophian sanggup menanggung biawak hidup selama setahun…🤔🤔🤔
Lebih memeranjatkan lagi, penyewa tersebut didapati mempunyai lebih dari satu lesen perniagaan, malah ada yang mempunyai sampai 5 lesen.
Kenapa Sohpian tak didedahkan perkara ini yer…🤔🤔🤔
Dakwaan Sewa RM5,000 Terlalu Mahal
Sekali dengar, memang ada logiknya.
Tetapi kadar sewa biasanya akan bergantung kepada lokasi perniagaan kerana ia mempunyai kaitan dengan pendapatan perniagaan.
Cameroon Highlands sememangnya tempat tumpuan pelancung, bukan sahaja pelancung tempatan, malah pelancung luar negara.
Secara purata, pendapatan peniaga di sana pada hari biasa boleh mencecah hingga RM3,000 sehari dan ketika hujung minggu atau hari cuti, ianya mencecah RM6,000!!!
Anggaran pendapatan mereka sebulan adalah sekitar RM100,000 sebulan.
Apakah kadar sewa sebanyak RM5,000 itu boleh dianggap tinggi?
Hanya 5% sahaja dari jumlah jualan bulanan mereka.
Tolak kos beli bahan jualan, gaji pekerja dan utiliti sekitar RM30,000.
Ini bermakna pendapatan bersih mereka adalah sekitar RM50,000 gingga RM65,000!!!
Ini tetap dikira zalimkah Nana Sophian?
Benarkah Sophian Kaki Pau?
Laman blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi pernah mendedahkan bahawa Sophian seorang kaki pau warga asing.
Menurut laman blog tersebut, modus operandi Sophian adalah minta duit dari warga asing kalau tidak mahu beliau serbu.
Kalau enggan berikan duit, maka Sophian akan datang buat kecoh, terjerit-jerit kononnya marah dengan lambakan warga asing di tempat tersebut.
Jumlah yang diminta bukan sedikit, malah dikatakan hingga RM10,000!!!
Kalau warga asing tersebut membayarnya, maka Sophian akan duduk ontok-ontok, macam tikus jatuh atas beras.
Kalau apa yang dikatakan ini betul, siapa Sophian untuk berbuat begitu.
Atas autoriti apa beliau rasa beliau layak berbuat begitu.
Isu Sophian pau warga asing dikatakan banyak berlaku di Pulau Pinang.
Penulis tidak pasti, tetapi kalau benar apa yang didakwa maka Sophian boleh dianggap sebagai seorang multitask dalam mencari duit, sama ada halal atau pun haram.
Dari seorang penjual kopi kepada seorang kaki pau dan dari seorang kaki pau kepada bell ringer!!!
Siapa di belakang beliau atau siapa paymaster beliau, takkan buat kerja percuma.
Sekarang ini, hendak masuk tandas awam pun kena bayar 50 sen.
Siapa Paymaster Ustaz Sophian?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan
- Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…
- Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan