Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

Menteri Luar, Mohamad Hasan, menegaskan tiada pelanggaran mana-mana peraturan negara dalam kunjungan kapal tentera China DI Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.

Kunjungan dua kapal tentera laut China itu juga mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertahanan.

“Permohonan diplomatik daripada Kedutaan China jelas ada.”



“Mereka memohon perkara tersebut untuk membuat lawatan ke sekolah yang berlatar belakang pengajaran konfusianisme dan lain-lain.”

“Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan.”

“Dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa pelanggaran daripada apa yang diminta oleh mereka itu akan disiasat.”

“Tetapi setakat ini memang jelas apa yang dimohon semasa permohonan diplomatik tersebut semuanya tidak melanggar apa-apa peraturan negara kita.”



“Berkenaan dengan sambutan luar biasa, kita (kerajaan) tak kata itu sambutan luar biasa.”

“Tetapi sambutan yang meriah dilakukan kerajaan Pulau Pinang.”

“Ia selaras dengan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China,” jelas Mohamad Hasan @ Tok Mat Hasan.

Sebelum itu, Saifuddin Abdullah (PN) mendakwa sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China itu disifatkannya sebagai tidak masuk akal.



Beliau berkata, tidak wajar sambutan diberikan sebegitu ketika perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik berkenaan.

Sebenarnya, isu kunjungan 2 kapal perang China itu sengaja diperbesarkan oleh pihak pembangkang.

Ia tidak sepatutnya dijadikan isu.

Pihak pembangkang harus ingat, negara China merupakan negara perdagangan terbesar kepada negara kita.



Agak pelik apabila kita boleh menerima perdagangan 2 hala dengan negara China tetapi kita mengecam kunjungan kapal perang dari negara yang sama.

Kunjungan kapal perang dari negara asing ke perairan negara bukanlah satu perkara yang asing.

Sebelum ini beberapa kapal perang dari beberapa negara kuasa besar telah berkali-kali melakukan kunjungan ke negara kita, namun tidak dijadikan isu.

Kita menolak ideologi komunis negara China, tetapi itu tidak bermaksud kita menolak segala-galanya dari negara China.



 

Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

 

Di Syorkan:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button