RCI GISBH Tidak Perlu Tapi RCI Tommy Thomas Perlu
RCI GISBH Tidak Perlu Tapi RCI Tommy Thomas Perlu
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung jenayah dikaitkan dengan GISBH.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, memandangkan siasatan serta operasi masih berjalan polis harus diberi ruang dan kepercayaan tinggi.
“Polis juga sedang membuat pemantauan terhadap kegiatan GISBH di luar negara.”
“Sekiranya terdapat kesalahan dari sudut undang-undang, tindakan akan diambil.”
“Melalui Mutual Legal Assistance (MLA) dan Akta Bantuan Bersama Perkara Jenayah (MACMA) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan pihak Interpol.”
“Berdasarkan siasatan polis, tiada sebarang bukti kukuh boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik terlibat atau bersubahat dengan GISBH.”
Bagaimanapun, KDN tidak menolak sebarang kemungkinan.”
“Kerana siasatan polis masih diteruskan dari pelbagai sudut serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas Saifuddin.
Kita bersetuju dengan pendirian Kementerian Dalam Negeri mengenai tiada keperluan menubuhkan RCI untuk GISBH.
Penubuhan RCI ketika pihak polis masih lagi melakukan siasatan, dikhuatiri akan mengganggu kelancaran proses siasatan polis.
Ia juga akan menimbulkan persepsi bahawa siasatan polis terhadap kemungkinan jenayah yang dilakukan sudah selesai.
Sedangkan kini, pihak polis masih lagi melakukan penjejakan duit dan aset GISBH yang berada di luar negara.
Pihak polis juga dikatakan masih menjejaki beberapa individu penting dalam GISBH yang kini masih lagi bebas.
Tetapi bagaimana pula dengan RCI Tommy Thomas?
Bukankah pihak kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat Tommy Thomas?
Persoalannya mengapakah hingga ke hari ini RCI yang dijanjikan belum lagi ditubuhkan?
Apa yang didedahkan oleh Tommy Thomas dalam buku beliau yang bertajuk Justice In Wilderness adalah sesuatu yang sangat serius.
Ia melibatkan pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara kerana adanya campurtangan dari pemimpin politik.
Kita tidak faham, mengapa terlalu sukar untuk kerajaan menubuhkan RCI tersebut?
RCI GISBH Tidak Perlu Tapi RCI Tommy Thomas Perlu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan
- Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH
- Kemunafikan Politik Perikatan Nasional