Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?

 

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi fokus terhadap misi memburu Jho Low.

Kenyataan Saifuddin atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri boleh dianggap kerajaan sekarang sudah berhenti dari sebarang usaha untuk membawa pulang Jho Low.



Cerita mengenai usaha untuk membawa pulang Jho Low bukanlah satu cerita baharu.

Kita sudah mendengar pelbagai janji dari empat orang perdana menteri dari empat kerajaan yang pernah memerintah sejak 2018 lagi.

Perdana Menteri bersilih ganti, Ketua Polis Negara juga saling bersilih ganti, tetapi usaha membawa pulang Jho Low tetap hanya tinggal janji.

Dari era kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir hingga ke era kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Anwar, bayangan Jho Low masih tidak kelihatan.



Kadang-kadang kita merasa pelik, bagaimana seorang individu berjawatan wartawan boleh mengesan Jho Low tetapi sebuah kerajaan berdaulat gagal.

Apakah Kewujudan Jho Low Hanya Sekadar Hearsay?

 

Mahkamah Tinggi Putrajaya menolak afidavit kesahihan kewujudan titah adendum dari dua orang pemimpin yang berkredibiliti kerana menganggapnya sebagai hearsay.

Dalam penghakimannya, Hakim Amarjeet Singh berkata:



“Ahmad Zahid sendiri tidak mengetahui mengenai titah adendum itu sendiri melainkan apa yang didengari daripada Tengku Zafrul.”

“Wan Rosdy juga menyatakan bahawa sumber maklumat beliau mengenai titah adendum itu ialah Tengku Zafrul.”

“Justeru kenyataan dibuat Wan Rosdy juga khabar angin.”

“Saya dapati kedua-dua afidavit itu semata-mata khabar angin.”



Dalam artikata lain, sumber kepada maklumat itu tidak dapat dibuktikan dalam mahkamah.

Dalam konteks yang sama, bagaimana pula dengan kenyataan saksi pendakwaan yang mengkaitkan DS Najib dengan Jho Low?

Apakah saksi-saksi tersebut dapat membuktikan kepada mahkamah kesahihan kenyataan mereka?

Sudahkah pihak pendakwaan buktikan kewujudan sumber sebenar kenyataan saksi-saksi tersebut?



Kalau pihak pendakwaan gagal buktikan, tidakkah kewujudan Jho Low boleh dianggap sebagai hearsay?

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button