RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

 

Sebaik sahaja lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah kalsifikasi untuk diakses oleh umum, Dr Mahathir dengan segera membuat sidang media.

rumusan yang telah dibuat oleh suruhanjaya tersebut adalah:



  • Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah sekiranya kerajaan membentangkan fakta baharu semasa proses Permohonan Semakan dan Permintaan Penafsiran di ICJ.
  • Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah (arguable case) dan bukan sangat lemah seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir.
  • Jemaah Menteri telah didorong oleh Dr Mahathir dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

RCI Pulau Batu Puteh telah mengesyorkan agar Dr Mahathir satu siasatan jenayah dimulakan ke atas Dr Mahathir.

Siasatan disyorkan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan.

Sekiranya sabit kesalahan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 418 Kanun Keseksaan.



 

Sebaik sahaja salinan laporan siasatan dikeluarkan untuk bacaan umum, Dr Mahathir telah membuat sidang media untuk mempersoalkan kredibiliti siasatan tersebut.

Antara hujah yang dikemukakan oleh Dr Mahathir adalah:

  • Keputusan diambil kerana Malaysia mesti menghormati keputusan yang telah dibuat oleh ICJ.

* Siasatan tidak menjurus kepada keputusan yang telah dibuat oleh ICJ, tetapi kepada keputusan Dr Mahathir yang membatalkan rayuan yang akan dibuat.



Malaysia sememangnya berhak untuk membuat rayuan sekiranya mempunyai bukti baharu yang boleh dihujahkan dalam rayuan.

Dan ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan antarabangsa.

  • Pulau Batu Puteh hanyalah pulau batu karang yang tidak ada potensi pembangunan.

* Pembangunan di pulau tersebut bukanlah isu yang dibangkitkan, tetapi isu yang dibangkitkan adalah isu kedaulatan negara ke atas pulau tersebut yang diserahkan kepada Singapura.

Tidak dinafikan, tidak banyak pembangunan yang boleh dibuat di situ, tetapi dengan menyerahkannya kepada Singapura, kita juga kehilangan perairan sekitar 10km dari pulau tersebut.



  • Dr Mahathir mencabar integriti TS Apandi Ali yang beliau dakwa melindungi DS Najib dalam siasatan skandal 1MDB.

* Apa kaitan DS Najib dalam siasatan ini?

Jangan Kelam Kabut Sangat

Tidak perlu Dr Mahathir kelam kabut ayam sangat dengan laporan tersebut.

Ianya telah pun dibahaskan di Dewan Rakyat dengan memberi peluang kepada kerajaan dan pembangkang untuk membahaskannya.

Lagi pun siasatan jenayah hanyalah di peringkat cadangan yang dibuat oleh suruhanjaya tersebut dan belum dilaksanakan lagi.



Walau pun Anwar Ibrahim menganggap isu kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh sebagai satu pengkhianatan jelas kepada negara.

Ianya boleh dianggap sebagai kenyataan peribadi Anwar Ibrahim kerana ianya bukanlah keputusan mahkamah.

Lebih baik Dr Mahathir akan menjaga kesihatan dan membuat persediaan untuk menjawab pertuduhan di mahkamah nanti.

 



RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button