“AWAK LAGI MAHAL DARI IKAN NI” – PENGUNJUNG PASAR TERKEJUT HARGA JELAWAT SUNGAI RM300 SEKILO

Tergamam Bila Diberitahu Harga Ikan Cecah RM300 Sekilo

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/04/1587190470068.mp4[/KGVID]

 

Seorang pengunjung pasar sehari terkejut apabila mendengar harga sekilo ikan jelawat sungai memcecah Rm300 sekilo. 

Beliau yang pada mulanya hanya mahu mengenali rupa ikan kaloi bertanya pada penjual nama nama ikan jualan. Dari loghat perbualan penjual menunjukkan ia berlaku di negeri Pahang.



Terkenal dengan masakan gulai tempoyak atau dikenali gulai masam di kalangan rakyat Pahang, nilai pasaran ikan sungai memang mahal kerana kesukaran mendapatkan ikan liar yang berada dalam perut Sungai Pahang. Bagaimanapun penggemar ikan sungai terutama Sg Pahang tidak berkira dengan harga memandangkan keenakan ikan sungai yang sukar didapati di negeri lain. Tambahan pula cara memasak gulai masam agak berbeza mengikut daerah dalam Pahang namun satu persamaan dalam resepi masakan ikan sungai di Pahang ialah sejenis daun dikenali sebagai ‘Cemumuk’. 

Kepada pengunjung luar Pahang jika ingin menikmati masakan Ikan Sungai Pahang disarankan bertanya dahulu harga sebelum menikmati masakan. Jangan terkejut bila harga sepiring atau sepotong ikan sungai siap masak boleh jejak hingga Rm100 bagi setiap hidangan.

Bagi kebanyakan rakyat Pahang, harga tersebut adalah perkara biasa kerana tahu nilai sebenar ikan sungai liar yang tidak langsung berasa lumpur atau dedak ikan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button