“CAKAP ARTIS LAIN CANTIK & DIA BURUK” – MATA CIK B BENGKAK, SEBAK BILA RAMAI KUTUK
Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida telah berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15.
Cik B yang kini mulai cenderung dalam dunia lakonan dan nyanyian telah menerima kritikan beserta komen negatif terhadap fizikalnya. Sebagai seorang ibu, DSV meluahkan rasa rasa terkilan apabila melihat anak gadisnya itu yang sedih atas tohmahan yang diterima.
“BAGI MASA SAYA GROOMKAN @cikb_havoc66 CIK B CAKAP. ARTIS LAIN SEMUA CANTIK CANTIK. CIK B JER… BURUKKKK. BENGKAK MATA.. CIK B NANGIS.. SEBAK WEYYY BILA RAMAI KUTUKK. BACA ARTIKEL KAT STORY,” tulisnya.
Vida bagaimanapun menyifatkan anaknya itu sudah pun berani untuk berdikari dan buang rasa malu: “TAK PE LA..INI FASA PERTAMA. AT LEAST DIA DAH TAK MALU. BOLE BERDIKARI DAH. DULU, MMG MALU DGN DIRI,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu turut memberitahu yang anaknya kini sedang memulihkan semangat yang sudah seharian ‘down’ dan berharap Cik B kuat menghadapi dugaan ini. Selain itu, Vida menyuruh anak gadis itu tidak melayan komen negatif dan kecaman netizen terhadapnya.
“CARA RECOVER DARI DOWN @cikb_havoc66 CIK B. CIK B KENA KUAT.. STRONG.. LEPASKAN.. LEPASKAN.. JANGAN LAYAN KATA KATA NISTA.. KECAMAN. GO GO.. SEHARIAN SEMALAMAN CIK B DOWN.. NANGIS SAMPAI BENGKAK MATA.. CIK B KENA HADAP..,” tuturnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap Cik B dan memintanya untuk terus kuatkan semangat. Dalam perkembangan lain, Cik B yang telah pun membuat kemunculan pertama menerusi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta baru sahaja mengeluarkan lagu single pertama yang berjudul ‘Tolonglah’.