KISAH ANAK ASLI SENGGARANG ‘BERKAKI AYAM’ GAMIT PERHATIAN, ADA INSAN SUDI HANTAR SELIPAR DAN BANTUAN LAIN BANTU MEREKA
Viral Anak Orang Senggarang Tidak Berselipar Kena Sakat, Ada Sinar Buat Mereka
Masih ingat kisah anak anak Orang Asli yg berkaki ayam kena tahan kerana berkeliaran beramai-ramai semasa tempoh PKP yang tular tempohari? Paling menarik apabila anggota PDRM telah membeli hasil jualan salah seorang daripada mereka bagi membolehkan mereka pulang segera.
Hari ini sekumpulan masyarakat di Johor telah bersama sama mengumpul dana bagi membekalkan barangan seperti pensil warna,raket badminton untuk di hadiahkan kepada kumpulan kanak kanak tersebut.Turut disediakan selipar untuk digunakan oleh Kanak kanak tersebut selepas melihat ramai antara mereka ‘berkaki ayam’ ketika ditahan anggota Polis yang bertugas.
Masih ramai yang prihatin semasa tempoh PKP ini. Apa yang dilakukan kumpulan ini menyentuh perhatian semua kerana sudi berkongsi rezeki tanpa mengira latar belakang kaum.
Kredit – KhyrulFaiza Amdan