“ALHAMDULILLAH SAYA AKHIRNYA BERJAYA KHATAM AL-QURAN KALI KETIGA” – AMMAR ALFIAN
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon Ammar Alfian yang menghadapi pelbagai kontroversi terpalit dirinya tahun ini termasuklah perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian itu meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya khatam Al-Quran buat kali ketiga tahun ini.
Menurut Ammar, membaca kita suci Al-Quran itu merupakan satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan Islam serta memperoleh ketenangan diri.
“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.
Klik untuk gambar besar
“Sejujurnya bagi saya tidak sukar jika ingin cuba mendekatkan diri dengan Islam. Hanya melakukan perkara yang sederhana seperti berdoa dan membaca Al-Quran,” katanya.
Dalam pada itu, Ammar berkata kehidupannya lebih tenang dan damai apabila bercakap dengan Tuhan melalui doa serta mendoakan agar pengikutnya turut menemui cara sama dalam mencari keberkatan hidup.
“Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.