AWAL SEKELUARGA PENUHI UNDANGAN SAMBUTAN KRISMAS – NETIZEN BERDEBAT, INI PERJELASAN JAKIM
Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah memuat naik gambar mereka sekeluarga memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman. Bagaimanapun, ruangan komen di posting tersebut telah menjadi perdebatan netizen.
Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya itu meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut.
Kumpulan tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut krismas dan berpendapat ia bertentangan dengan akidah. Namun, ada juga yang mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.
Foto tersebut telah mendapat hampir 80 ribu tanda suka dengan 2,247 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis). Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-teman di ruangan Insta Story. Scha pun turut berkongsi gambar bersama keluarga serta teman-teman di Insta Story miliknya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, menerusi laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu yang menjadi perdebatan di laman sosial pengacara Melodi itu.
Melihat artikel yang dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.