Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di pantai timur dan Sabah
05/01/2021 09:01 AM
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.25 pagi ini memaklumkan di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
Sementara itu, bagi Sabah pula, daerah yang terjejas melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat.