ANAK KETIGA DIDIE ALIAS SELAMAT BERNIKAH: “BERAT RASANYA HATI SEORANG IBU MELEPASKAN..”
Tahniah kami ucapkan kepada artis versatil iaitu Didie Alias yang telah menerima menantu lagi selepas anak ketiganya, Nur Dinie selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati pada Sabtu lalu.
Lalu, Didie meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dijalankan serba ringkas berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, Didie mengakui sebagai seorang ibu bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuannya.
“Alhamdullillah syukur selesai sudah Majlis Pernikahan & Resepsi Anak Perempuan mumy yg ke2… @dinierdzn. 2.1.2021 tarikh bersejarah buat mumy melepaskan tanggungjawab & amanah Allah selama 24thn menjaga, membesarkan & mendidik Dinie selama nie mumy serahkan tanggungjawab mumy kepada menantu baru mumy @haniflutfi.
“Jagalah puteri mumy sebaiknye ye.. mcmane mumy menjaga die selama nie. Berat rasenye hati seorang ibu melepaskan.. Semuanya sudah tertulis. Mumy doakan semuga anak mumy berkekalan hingga ke jannah, menjadi isteri yg solehah buat suami.
Klik untuk gambar besar
“Mumy hanya dapat melakasanakan majlis yg kecil dgn keadaan pendamik yg semakjn teruk. Mumy harap korang happy dgn ape yg mumy sediakan buat majlis yg tak seberapa utk Dinie & Hanif. Fuhhh sebak rasa bile jari nie menaip.
“Kepada yg tidak mendapat jemputan mumy mohon maaf & kpd yg menghadiri majlis mlm td, ape yg kurang dr pihak mumy, mumy mohon ampun dan maaf.
“Mumy mampu merancang hanya Allah penentu segalanya. Terima kasih tak terhingga buat suami mumy @ishamismaildd & Bonda Syurgaku @rokiah.kasim.
“Anak2 kesayangan mumy @niyardzn @razi.shn #dhanjohn @dayinirdzn @diyanardzn_ @dayyandd, Cucu2 Nanny @theshahriman, Adk Beradikku @faridahmohdali @faizahmarzuki @arjeeda69 @massuhaila7881 @sabrinafara @fikrivli, Sahabat2 mumy @enot_78 @amyzaaznankaaia,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.