MCA Perlu Tenang Dalam Isu Pertukaran SUA BN

MCA Wajar Rujuk Presiden Barisan Nasional Sebelum Ulas Isu Pertukaran Setiausaha Agung BN

MCA

Menurut laporan beberapa portal berita MCA terkejut dengan berita pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

https://www.malaysianow.com/berita/2021/01/05/mca-terkejut-annuar-musa-dipecat-sebagai-setiausaha-agung-bn/



https://suara.tv/05/01/2021/mca-pertikai-pemecatan-annuar-musa/

https://utusantv.com/2021/01/05/apa-dosa-annuar-musa/

Bagaimana sebuah parti komponen BN boleh terpengaruh dengan tajuk berita sedangkan Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengumumkan pertukaran jawatan TSAM dan bukannya memecat beliau sebagai SUA BN?

MCA



Laporan-laporan portal tersebut juga tidak menamakan siapa yang mewakili MCA untuk bercakap kepada pihak media sekaligus menimbulkan tandatanya adakah itu hanya spekulasi bagi mewujudkan pra-sangka dalaman BN. Sepatutnya pihak yang melaporkan lebih bertanggungjawab dengan penulisan mereka kerana TSAM tidak dipecat dari jawatan SUA BN.

Adakah MCA akan bertindak lebih drastik dengan pertukaran SUA BN? Sebagai komponen dalam BN, prestasi MCA menawan kembali pengundi kaum Tiong Hua sangat penting. Selepas PRU14, kepercayaan pengundi Tiong Hua terhadap MCA bagi memperjuangkan kepentingan kaum tersebut dinilaikan. PRK Tanjung Piai merupakan antara permulaan yang baik untuk MCA dengan kerjasama kuat UMNO membantu kempen bagi meraih majoriti besar buat calon MCA.

Bagaimanapun dalam PRN Sabah, calon MCA ditunjukkan jalan keluar apabila kesemua calon mereka tewas kepada pihak lawan terutama DAP. Krisis kepercayaan pengundi masih menjadi ‘taboo’ kepada MCA dalam menghadapi PRU15 kelak. Sebaiknya mereka mula berfikir bagaimana untuk memenangi hati pengundi Tiong Hua daripada menjadi skeptikal terhadap keputusan Zahid menukarkan SUA BN.



PDRM umum enam pertukaran pegawai kanan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button