BERBINCANG DENGAN MEMEY – NORMAN KATA BUKAN INSAN TERPILIH BERPOLIGAMI

“Saya dengan isteri (Memey) beberapa kali sembang-sembang juga bab-bab poligami ini, sekadar suka-suka. Yang penting, jangan ambil serius sangat kerana hal berkahwin ramai, ini adalah subjektif.

“Paling utama pastinya soal tanggungjawab, adil dan saksama. Dalam taddabur al-Quran sendiri banyak kali disebut. Untuk diri saya, saya sendiri sudah buat pengakuan jujur dengan isteri buat masa sekarang, saya bukan golongan insan yang terpilih.

“Kalau ada pun, saya sudah beritahu syarat-syaratnya. Yang pertama dan paling penting, dengan izin isteri. Yang kedua, tinggal sebumbung.



“Itu sahaja,” tutur pelakon Norman Hakim, 45, yang merasa dirinya bukan kalangan insan yang terpilih untuk berpoligami meskipun dia dan isterinya, Memey Suhaiza ada berbincang mengenai perkara itu.

Jelas Norman, hal berpoligami adalah sesuatu yang sangat subjektif dan jika berlaku suatu hari nanti, dia sudah menetapkan syarat-syarat untuk dirinya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Bagaimanapun, Norman memberitahu dia cuma berkongsi suka-suka mengenai isu terbabit yang baginya bukan terlintas pun di fikiran buat masa ini.

“Tapi dari hati saya yang ikhlas, saya bukan dari golongan insan yang terpilih untuk berpoligami,” katanya yang kini membintangi drama ‘The Maid’.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Untuk info, Norman pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada 2002 namun bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 16, dan Danisha Hakim, 13.



Image_3.jpg

NORMAN: “EDRY UMPAMA ‘GAM’… BILA DIA BERHIJRAH KE UK, BERLAKU SEDIKIT KESUKARAN”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button