China: Tiada penghuni pusat jagaan warga emas positif COVID-19

21/01/2021 03:08 PM

BEIJING, 21 Jan — Jabatan Perkhidmatan Penyaraan Warga Emas Kementerian Hal Ehwal Awam China memberitahu kira-kira 40 ribu pusat jagaan warga emas di seluruh negara ini masih mengekalkan angka sifar kes COVID-19.

Dalam satu sidang media pada Rabu, Naib Pengarahnya, Li Banghua berkata, sifar kes masih dapat dikekalkan meskipun terdapat penularan wabak di Beijing, Hebei dan Helongjiang baru-baru ini.



Namun begitu, menurut Li, pihaknya tetap mempergiat langkah-langkah bagi mengawal penularan wabak.

Untuk rekod, ketika ini pusat jagaan warga emas di pelbagai tempat telah melaksanakan pentadbiran secara tutup dan kemasukan orang luar ke dalam kawasan itu turut diperketat.

Jelas Li, barang-barang yang masuk ke pusat jagaan itu juga perlu menjalani proses penyahjangkitan terlebih dahulu.

Tambah beliau, sebagai rutin, kesemua penghuni rumah warga emas akan diperiksa suhu badan pada setiap pagi manakala pemeriksaan ujian asid nukleik (NAT) ke atas semua penghuni dan petugas dilakukan pada masa yang ditetapkan.



Turut dimaklumkan vaksin akan diberi kepada petugas terlebih dahulu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button