“MAKLUMAT PERKAHWINAN, SAYA AKAN KONGSI…” – HUBUNGAN NEELOFA, PU RIZ & KELUARGA MAKIN BAIK
Umum sedia maklum mengenai hubungan antara pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa, 32, dengan pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, yang sebelum ini hangat diperkatakan.
Namun baru-baru ini menerusi Insta Story, entri tersebut memperlihatkan jari manis Neelofa sudah tersarung kembali sebentuk cincin didakwa mirip cincin merisik yang diberikan keluarga PU Riz sebelum ini.
Dek kerana itu, nama Neelofa kembali mendapat perhatian netizen dan ramai yang tertanya-tanya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau salah satu koleksi peribadinya.
Terkini, Neelofa menyatakan hubungan dia dengan PU Riz berada dalam keadaan baik dan berkata mereka diduga dengan dugaan sama seperti orang lain yang berada dalam fasa darah manis.
Klik untuk gambar besar
“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti. Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan.
“Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham. Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif,” jelasnya.
Neelofa berkata demikian semasa sidang media bersama pihak media untuk pelancaran aplikasi TheNoor. Tambah bekas hos MeleTOP itu, hubungan ahli keluarganya dengan Riz juga makin baik.
“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan kami makin baik dan pulih. Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia akan berkongsi tentang maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat.
“Untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insya-Allah,” tutur Neelofa.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG). Tidak membiarkan berlanjutan, Neelofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya. Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November tahun lalu di kediaman keluarga Neelofa.
IBU LUAH RASA SYUKUR – TERIMA CINCIN & DIRISIK, NEELOFA & PU RIZ BAKAL NIKAH MAC 2021?