Tragedi empangan runtuh, gergasi perlombongan Brazil setuju bayar pampasan US$7 bilion

05/02/2021 03:07 PM

RIO DE JANEIRO, 5 Feb — Kerajaan negeri Minas Gerais di tenggara Brazil dan gergasi perlombongan Vale pada Khamis menandatangani perjanjian untuk membayar ganti rugi hampir US$7 bilion susulan bencana empangan pada 2019 yang mengorbankan ratusan nyawa selain menyebabkan pencemaran di wilayah itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kerajaan Minas Gerais menyifatkan perjanjian itu sebagai pampasan terbesar pernah berlaku di Amerika Latin.



Empangan syarikat berkenan di bandar Brumadinho runtuh pada 25 Januari 2019 menyebabkan lumpur beracun menimbus banyak rumah dan meragut sekurang-kurangnya 272 nyawa.

“Vale bertekad untuk memperbaiki sepenuhnya dan mengimbangi kemusnahan akibat tragedi Brumadinho dan menyumbang, meningkatkan, kepada penambahbaikan dan pembangunan masyarakat di lokasi kami beroperasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vale, Eduardo Bartolomeo.

Perjanjian itu akan membayar kerja-kerja awam yang akan menghasilkan 360,000 pekerjaan “dalam beberapa bulan dan tahun akan datang,” kata Gabenor Minas Gerais Romeu Zema.

Menurut perjanjian itu, 30 peratus dana akan disalurkan ke Brumadinho dan penduduknya melalui program pemindahan wang untuk penduduk kawasan terjejas.



Kira-kira US$870 juta akan diperuntukkan bagi pemulihan lembangan Sungai Paraopeba, dan US$1.2 bilion untuk membayar ganti rugi kerosakan sosio-alam sekitar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button