Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas sehingga kini

06/02/2021 08:42 PM

JOHOR BAHRU, 6 Feb — Polis Johor sehingga kini telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.



Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Feb tahun lepas mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.

Najib tuntut Thomas mohon maaf, tarik balik kenyataan berhubung kes Altantuya




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading