AKHIRNYA NABIL BUKA OUTLET BUBBLEBEE SETELAH SETAHUN TANGGUH [VIDEO]

 

“Patutnya tahun lepas lagi kita dah rancang untuk buka tetapi terpaksa tangguh beberapa kali disebabkan PKP.

“Alhamdulillah syukur akhirnya impian untuk membuka outlet ini terlaksana juga. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong,” ujar pelakon dan pengacara Nabil Ahmad yang kini memiliki sebuah outlet minuman BubbleBee.



Tambah Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, perancangan untuk membuka outlet minuman berasaskan madu itu adalah sejak tahun lalu, namun terpaksa ditangguh gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Insya-Allah dalam masa terdekat nanti, akan ada beberapa cawangan BubbleBee lain dibuka bergantung kepada situasi semasa pandemik.

“Menerusi pembukaan outlet ini, kita juga menawarkan peluang pekerjaan buat mereka yang memerlukan. Insya-Allah sama-sama kita kongsi rezeki,” jelasnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar



NA%2B2.jpg

EMPAT CAWANGAN BUBBLEBEE TUTUP SEMENTARA

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading