AL-FATIHAH – IBU NITA HAMZAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
“23.02.21 Assalamualaikum. Waris waris , saudara dan kawan kawan dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu saya NORAZIZAN RAMLY (Angah) telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi jam 3.50 pagi,” tulis penyanyi Nita Hamzah yang berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Norazizan Ramly telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3.50 pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan Nita menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Manakala di Instagram stories pula, Nita memberi tahu, sebagai anak, dia reda akan pemergian tersebut malah di juga berharap agar ibunya itu akan sentiasa tenang di alam sana.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mummy kami reda. Tenanglah mummy di sana. Minta semua sedekahkan al-fatihah buat mummy Norazizan binti Ramly,” katanya lagi.
Meninjau pada bahagian komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berduka cita selain turut mendoakan semoga ibu Nita ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Klik untuk gambar besar
GENAP 4 TAHUN IBU AZWAN ALI PERGI: “MAK, DOAKAN WAN YA… AL-FATIHAH”