Serangan pengebom bunuh diri dekat pusat beli-belah Somalia, balai polis

23/02/2021 07:05 PM

MOGADISHU, 23 Feb — Seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berdekatan pusat beli-belah yang sibuk dan balai polis di bandar Mogadishu, Somalia pada Selasa, kata pegawai.

Setakat ini belum ada korban nyawa dilaporkan.

“Seorang lelaki meletupkan dirinya di antara Mogadishu Mall dan Balai Polis Daerah Hamar Weyne di Mogadishu.



“Dia meletupkan dirinya ketika dikejar pasukan keselamatan,” kata jurucakap Kementerian Penerangan Ismail Mukhtar Oronjo.

Saksi kejadian menyatakan mereka melihat sekurang-kurangnya dua orang cedera.

Hamar Weyne adalah daerah komersial utama di Mogadishu dan pasar kedua paling sibuk di ibu negara.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading