Zamihan cadang puasa, nikah selepas PKP

KUALA LUMPUR, 20 April — Pendakwah Zamihan Mat Zin menggesa sebarang majlis pernikahan ditangguhkan bagi mengelak penularan Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zamihan berkata, Islam mengajar sabar dan berpuasa bagi menahan hawa nafsu.

“Jika ia (nikah) boleh ditangguhkan di musim PKP demi mengelak Covid-19 maka ia pasti lebih baik.

“Ini kerana nikah konvensional lebih afdal berbanding nikah sidang video. Logiknya, kedua bakal pengantin tidak akan meninggal dunia jika tidak dinikahkan dengan kadar segera.



“Sebenarnya, bersabar, bersolat dan berpuasa itu lebih baik untuk mengurus tadbir hawa nafsu,” katanya di Facebook, semalam.

Jelasnya lagi, pernikahan dilangsungkan menerusi sidang video tetap mengundang kelompok kecil dan mampu terdedah kepada Covid-19.

“Jika bernikah online sekalipun kita pasti mengundang lebih 10 orang di dua lokasi pernikahan berbeza dalam majlis yang sama.

“Tentunya perkumpulan sebegini membuka ruang jangkitan Covid-19 kepada hadirin yang menguruskan majlis online.



“Apakah anda selesa, jika anda pula dikategorikan sebagai kluster pengantin jika mendapat jangkitan. Mungkin wujud pula gelombang baharu Covid-19.

“Manakala jabatan agama pula ditohmah dengan fitnah hanya semata-mata memenuhi ‘hajat’ tuan-puan?” katanya lagi.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading