JAIS & POLIS KERJASAMA KESAN SAJAT

“Saya difahamkan, sudah ada perbincangan antara JAIS dan polis, justeru MAIS menyerahkan perkara ini kepada kedua-dua pihak terbabit untuk pelaksanaan perintah mahkamah.

“Buat masa ini, JAIS masih mengesan Muhammad Sajjad dan oleh kerana bidang kuasa yang terhad, bantuan polis diperlukan,” kata setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar yang memklumkan berikutan kuasa yang terhad pihaknya dan JAIS memerlukan bantuan pihak polis.

Sudah dua minggu berlalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan selepas diburu oleh pihak berkuasa ekoran gagal hadir perbicaraan di mahkamah syariah.



Terkini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik itu.

Sehingga kini, Sajat masih belum dapat dikesan dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah. Menurut sumber, Sajat dipercayai masih berada di kawasan Lembah Klang dan pihak penguat kuasa kini sedang berusaha menjejakinya.

JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading