INDIVIDU BALING BISKUT – ZARA ZYA BERANG AIR TANGANNYA DIBUAT MAIN
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Zara Zya telah meluahkan rasa berang apabila biskut air tangannya dibaling-baling oleh seorang individu bernama Redza Farhan yang dipercayai sedang melakukan video promosi produk makanan tersebut.
Tindakan individu tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia, 36, menyifatkan sebagai keterlaluan kerana berlaku pembaziran terhadap makanan yang dihasilkannya itu.
Dalam video tersebut, Zara memarahi lelaki berkenaan kerana telah membaling biskut tersebut yang sudah dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil.
“Yang awak baling ni makanan. Bukannya saya dapat percuma. Saya buat sendiri. Penat tau tak. Tak payah membazir macam ni. Ingat senang ka? aku buat cookies tu sampai malam tau. Aku dah cakap jangan baling kan?” katanya.
Sementara itu, individu yang membaling biskut tersebut tampil membalas pernyataan Zara dengan mengatakan dia hanya ingin melakukan seperti iklan komersial seperti di televisyen. Zara yang kelihatan terkejut akibat terkena pecahan biskut tersebut kemudiannya bangun dan berlalu pergi dengan keadaan marah.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial Zara turut merasakan perkara yang sama dan tidak berpuas hati kerana benda yang dibaling-baling itu adalah makanan dan rezeki daripada Allah S.W.T.
Namun ada juga yang beranggapan itu semua hanyalah sekadar lakonan semata-mata untuk tujuan promosi dan ‘marketing’ yang telah pun dirancang oleh Zara Zya.
“Zaman sekarang marketing merepek perlu ada untuk lariskan sesebuah produk walaupun hambar..,” tulis seorang pengguna media sosial.
Biskut Arab Uqasha laku ‘keras’