PPBM Pecat ADUN Titi Serong Sejak Disember

PPBM Pecat Adun Titi Serong Dari Parti

PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) telah memecat keahlian ADUN Titi Serong dari parti itu sejak Disember tahun lepas.

Pengesahan pemecatan tersebut diakui oleh ADUN Sg Manik YB Zainol Fadzi yang juga Setiausaha PPBM Perak.



YB Hasnul Zulkarnain pula memberitahu beliau tidak menerima sebarang notis atau surat rasmi dari parti melainkan mengetahuinya melalui laporan media.

Hasnul dipecat kerana dipercayai menyokong pemilihan Menteri Besar Perak yang baru selepas Datuk Seri Faizal Azumu kalah dalam undi percaya semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perak.



Beliau yang pernah dilanda kontroversi bila meletakkan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Perak antara dua pehanya merupakan ahli parti AMANAH sebelum beralih menyertai PPBM pada Jun 2020.

Jika benar berita pemecatan ini bermakna Hasnul kini menjadi Adun Bebas. Tidak dapat dipastikan samada beliau akan kekal bebas atau menyertai parti lain selepas ini.

Kedudukan beliau dalam susunan Dewan Undangan Negeri juga bakal berubah malah carian dalam wikipedia Dewan Undangan Negeri Perak meletakkan beliau sebagai Adun Bebas.



Bagaimana cepat beliau menyertai PPBM, begitu juga cepatnya beliau dipecat dari parti tersebut.

PPBM sebelum ini telah menerima 2 keanggotaan baru Adun di Perak masing masing dari DAP dan Gerakan.

PPBM Akan Kembali Terajui Perak?



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button