SHIERA TAK PASTI MASALAH MENTAL SAKINAH, DOAKAN TERBAIK: “HIDUP JANGAN DRAMA SANGAT!”
Semua sedia maklum mengenai masalah yang dihadapi pelakon Sharifah Sakinah yang sebelum ini tampil memohon maaf selain memberitahu dia bakal meninggalkan tanah air dan berpindah ke luar negara tidak lama lagi ketika program temu bual bersama pengacara popular Datuk Aznil Nawawi, baru-baru ini.
Ini kerana kata Sakinah, status keadaan mentalnya ketika ini semakin teruk dan dia perlu menjalani rawatan khusus. Difahamkan, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menghidap penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD dan anxiety melampau.
Kakak kepada Sakinah iaitu pelakon dan penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa sebagai Shiera memaklumkan bahawa dia sendiri kurang pasti mengenai tahap keseriusan masalah kesihatan mental yang dialami adiknya itu.
Shiera memberitahu bahawa Sakinah bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam hidupnya. Meskipun begitu, dia sebagai kakak kepada pelakon drama ‘Dia Yang Ku Gelar Isteri’ itu hanya mendoakan yang terbaik buat Sakinah yang khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei nanti.
Klik untuk gambar besar
Dalam temubual itu, Shiera menjelaskan bahawa Sakinah jarang menceritakan hal peribadi kerana mungkin beranggapan dirinya sudah dewasa dan boleh menghadapi tanpa bantuan keluarga.
"Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri. Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat… tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara. Jangan drama sangat hidup ni!" katanya.
Shiera turut berkongsi mengenai perkenalan bersama tunang Sakinah yang baginya baik dan pandai mengambil hati. Dia turut sempat menitipkan beberapa nasihat buat bakal adik iparnya itu agar menjaga Sakinah sebaiknya meskipun hanya berkesempatan untuk bersua muka dan berkenalan selama beberapa kali.